MRSM Baling photo 1001076_553324654730273_1874794375_n_zps9af75643.jpg

Monday 16 November 2015

UNGA 2015


Pada 17 Ogos 2015, MRSM Baling telah mengadakan program Mini Model UNGA (United Nations General Assembly). Tujuan program ini diadakan adalah untu memupuk gaya pemikiran, kebolehan kerja berpasukan dan kepimpinan kritikal dalam para pelajar. Semua pelajar tingakatan empat telah mengambil bahagian dalam program tersebut. Setiap kelas mewakili tujuh buah Negara. Antaranya adalah Negara Egypt, Japan, France, Sweden, United Kingdom, New Zealand dan India.
Setiap kelas dikehendaki untuk mengadakan pameran berdasarkan Negara yang telah diwakili. Guru-guru telah menghadirkan diri semasa pameran tersebut untuk mengambil markah dan bertanyakan soalan kepada para pelajar. Pameran tersebut turut dibuka kepada warga MRSM Baling yang lain.

Pada sebelah malamnya pula, wakil dari setiap Negara dikehendaki untuk melibatkan diri dalam pertandingan forum yang diadakan di Dewan Merdeka. Acara tersebut dimeriahkan dengan nyanyian lagu setiap Negara yang mengambil bahagian. Forum tersebut telah berlangsung selama dua jam setengah dan disaksikan oleh semua pelajar MRSM Baling. Diharapkan agar  maktab kita terus melakukan program seperti ini agar semua pelajar mendapat faedahnya.









0 comments:

Post a Comment