MRSM Baling photo 1001076_553324654730273_1874794375_n_zps9af75643.jpg

Pertandingan Wau Tinggi dan Kreatif

Salah seorang peserta Pertandingan Wau Tinggi sedang beraksi.

Minggu Bahasa Zon Utara 2014

MRSM Baling menjadi tuan rumah Minggu Bahasa Zon Utara pada 28 Feb hingga 3 Mac 2014.

Kejohanan Olahraga 2014 Melabuh tirai

Riak wajah gembira para pegawai kejohanan yang bergambar bersama pelajar selepas Majlis Penutupan Kejohanan.

Kejohanan Merentas Desa 2014

Pengetua bersama penyelaras kejohanan menyampaikan hadiah kepada pemenang.

CSR ke KG Banggol Berangan Baling

Pengetua bersama krew CSR menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima untuk program CSR MRSM Baling.

Penyesuaian Diri Pelajar Baru

Cikgu Hasyim menerangkan cara untuk seterika baju kepada pelajar baru 2014.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2014

Sambutan Maulidur Rasul dimeriahkan dengan kehangatan forum yang di hoskan oleh Ustaz Mohd Najib Abdul Halim. Antara panel ialah Ustaz Rosmaini, Ustaz Solehan dan Ustaz Khairuddin.

Mengecat Sepanduk Sempena Maulidur Rasul 2014

Pelajar sedang bertungkus-lumus menyiapkan sepanduk Maulidur Rasul sebelum menyertai pertandingan perbarisan terbaik sempena Sambutan Maulidur Rasul 1435 H.

Majlis Perpisahan Cg. Yusof dan Cg. Saadah

Perpindahan Cg. Yusof ke MRSM Beseri dan Cg. Saadah ke MRSM Taiping sangat dirasai. Terima kasih atas segala khidmat bakti yang diberikan kepada MRSM Baling.

Majlis Graduasi 2013

Majlis Graduasi 2013 berlangsung dengan lancar. Kami mengucapkan tahniah kepada pelajar yang berjaya.

CSR Ringlet Cameron Higland

Penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Pengetua MRSM Baling En. Shahrizal.

Islamic Festival (i-Fest'13)

Persembahan kumpulan Nasyid terkenal INTEAM berjaya memukau hadirin iFest'13.

Thursday 19 January 2012

Visi & Misi


VISI 
 Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang inovatif dan bertaraf dunia 

 MISI 
 Untuk meningkatkan penawaran tenaga manusia bumiputera yang berpengetahuan, patriotik dan berdaya saing di bidang sains dan teknologi. 

 OBJEKTIF MAKTAB RENDAH SAINS MARA 

  •  Maktab Rendah Sains MARA ( MRSM ) ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat Bil. 20 Tahun 1966 , bertujuan memberi kemudahan pelajaran di peringkat menengah dan Pra – Universiti dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar Bumiputera yang mempunyai kebolehan mental yang tinggi. 
  •  Matlamat kurikulum di MRSM ialah untuk mencapai kecemerlangan akademik, keseimbangan sahsiah, kecenderungan usahawanan dan kecergasan fisikal; untuk mengujudkan pelajar yang mempunyai daya pemikiran yang kritis, kreatif, terbuka, sihat, luas dan mendalam serta mempunya semangat patriotik dan nasionalisme yang tinggi.






Sejarah Penubuhan

(Gambar Fazri photography)
Maktab Rendah Sains Mara(MRSM)telah ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat Bil.20 tahun 1966 sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat MARA dalam bidang latihan dan pendidikan.

MRSM didirikan untuk memberi kemudahan pelajaran diperingkat menengah dan pra universiti dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar pelajar Bumiputera yang mempunyai kebolehan mental yang tinggi. Pendidikan MRSM akan membiasakan pelajar dengan pendidikan berasaskan sains dan satu aspek kebudayaan Malaysia yang akan memupuk perkembangan jasmani,rohani dan intelektual yang berpanjangan serta melahirkan pelajar yang mempunyai daya pemikiran yang kritis,kreatif,sihat,luas dan mendalam di samping mempunyai semangat patriotik dan nasionalisme yang tinggi.
Tujuan penubuhan MRSM ialah untuk melayani kehendak pelajar pelajar Bumiputera yang cerdik dan rajin di peringkat sekolah menengah dan pra-universiti.Penubuhan MRSM akan dapat; 

a. Memenuhi keperluan pelajar pelajar Bumiputera yang mempunyai keupayaan mental yang lebih tinggi serta berminat di dalam Sains dan Matematik.

b. Mendedahkan pendidikan bermirip sains dan teknologi serta unsur keusahawanan kepada pelajar pelajar di peringkat yang lebih awal supaya mereka dapat merasa keseronokan dan keupayaan belajar.
c. Mewujudkan program program kearah kesedaran potensi diri,prinsip hubungan manusia,kecekapan ekonomi dan orientasi keusahawanan.

Penubuhan MRSM telah mendapat persetujuan daripada pihak kerajaan pada tahun 1970. 1971 pembinaan MRSM yang pertama telah dimulakan diSeremban,Negeri Sembilan.MRSM sulung ini menempatkan seramai 150 pelajar dan 10 orang tenaga pengajar. 

1973 MRSM Kota Bharu pula ditubuhkan diikuti MRSM Kuantan 1974. Kini MRSM terdapat di setiap negeri di Malaysia. MRSM JASIN ditubuhkan pada tahun 1981 dan telah di resmikan pada 8hb. Mach 1984 oleh Timbalan Perdana Menteri  YAB Datuk Musa Hitam..Pada tahun 1983 Mara telah mengadakan kerjasama dengan pihak tentera dalam menubuhkan MRSM Terendak,konsep ini diteruskan apabila perjanjian antara MARA dan Polis Diraja Malaysia dan wujudlah MRSM PDRM pada tahun 1991 di Kulim.Yayasan Terangganu dengan MRYT-MARA di Besut dan Dungun.Setiap MRSM dibina dilokasi yang menggalakan pembelajaran dan dilengkapi dengan peralatan yang menepati keperluan pendidikan yang sempurna.