MRSM Baling photo 1001076_553324654730273_1874794375_n_zps9af75643.jpg

Thursday 16 February 2012

Pusat Islam Ar-Rahman


Mulai penghujung tahun 2013, En. Shahrizal selaku pengetua MRSM Baling telah melantik satu jawatankuasa bagi merancang dan melaksanakan gerak kerja untuk membangunkan surau dari sudut aktiviti kerohanian serta kelengkapan surau. Justeru, antara cadangan jawatankuasa ialah:

1. Menjadikan surau sebagai Pusat Islam
2. Mewujudkan Perpusatakaan Mini (Membeli buku dan rak buku)
3. Memasang Rak Al-Quran di dinding surau
4. Memasang Rak Yaasin di tiang
6. Memasang bunting bacaan solat beserta makna di dinding surau
7. Mewujudkan bilik gerakkan BADAR di Surau dengan kelengkapan Komputer dan Printer
8. Memasang Wallpaper surah As-Sajdah dan surah Al-Insan di Mihrab
9. Memasang doa mengambil wudhuk dan terjemahan di bilik wuduk

Kos keseluruhan pembangunan prasarana ini dianggarkan berjumlah RM 20,000. Justeru pihak jawatankuasa membuka ruang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menyumbang bagi menampung sebahagian daripada kos tersebut. Sesiapa yang berminat boleh menghubungi pihak MRSM di talian 04-4702882.

0 comments:

Post a Comment