MRSM Baling photo 1001076_553324654730273_1874794375_n_zps9af75643.jpg

Thursday 16 February 2012

Anugerah Remaja Perdana


ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARP)

Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda merupakan sebuah program pengiktirafan oleh Kerajaan di atas penglibatan remaja secara aktif dalam bidang-bidang yang menyumbang ke arah proses kematangan mereka.

Anugerah ini diadaptasi daripada Program The Duke of Edinburgh’s Award atau kini lebih dikenali sebagai The International Award for Young People yang mula diperkenalkan di United Kindom pada tahun 1956.Program Anugerah Antarabangsa ini kini diiktiraf di 126 buah negara di seluruh dunia .

Program Anugerah ini fleksibel , bukan bersifat pertandingan , memberi peluang di samping menekankan kepada pencapaian serta kemampuan individu .

PERYERTAAN
APR terbuka kepada semua remaja yang berumur di antara 14-25 tahun tanpa mengiraperbezaan jantina, agama, budaya mahupun kemampuan fizikal dan mental.

TAHAP ANUGERAH
Terdapat tiga ( 3 ) tahap Anugerah yang boleh disertai iaitu :: Gangsa, Perak dan Emas .

CARTA ALIR PROGRAM ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA
Dapatkan maklumat dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah ( PBSD ) / Badan Operasi
( BO ) 
  1. Dapatkan borang penyertaan
  2. Daftar sebagai peserta Gangsa / Perak / Emas
  3. Dapatkan Pasport dan Diari
  4. Kenal Pasti mentor / jurulatih
  5. Buat pilihan 4 jenis aktiviti yang ingin dipelajari / diikut dari setiap komponen yang diwajibkan iaitu Khidmat Masyarakat , Kemahiran , Rekreasi Fizikal dan Penjelajahan Lasak.
  6. Jalankan Aktiviti 
  7. Aktiviti Tamat 
  8. Penilaian Aktiviti Peserta
  9. Pencapaian Disahkan 
  10. Pentauliahan 
a.       Emas . 
b.      Perak 
c.       Gangsa ..

Program Anugerah ini fleksibel , bukan bersifat pertandingan , memberi peluang di samping menekankan kepada pencapaian serta kemampuan individu .

PERYERTAAN
APR terbuka kepada semua remaja yang berumur di antara 14-25 tahun tanpa mengira perbezaan jantina, agama, budaya mahupun kemampuan fizikal dan mental.

Komponen ARP terbahagia kepada 4 komponen ..

1.      Khidmat Masyarakat 
2.      Kemahiran
3.      Rekreasi Fizikal
4.      Penjelajahan Lasak

BADAN OPERASI ( BO )

BO : Sebuah organisasi sukarela atau Unit Anugerah yang diberi kuasa dan lesen oleh Badan Berkuasa Anugerah Kebangsaan ( KBS ) bagi melaksanakan Program ARP , BO boleh terdiri daripada sesebuah persatuan belia , institusi Pengajian tinggi , kolej , agensi bukan kerajaan , badan – badan swasta , sektor korporat atau pasukan beruniform .

PEMIMPIN / MENTOR : Individu yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam BO bagi mengendalikan program ARP.

TUGAS PEMIMPIN / MENTOR : Memberi penjelasan mengenai program anugerah kepada peserta , menbantu peserta memilih aktiviti , memperkenalkan peserta kepada jurulatih dan memastikan cabaran yang dipilih oleh peserta adalah bersesuaian dengan peringkat Anugerah yang ingin dicapai ,serta memastikan kelayakan peserta untuk penganugerahan .

JURULATIH :Individu yang mempunyai kemahiran dalam bidang – bidang tertentu dan berperanan dalam memberi bimbingan kepada peserta ARP.

PENILAIAN :Individu yang menilai tahap pencapaian peserta ARP untuk tujuan pentauliahan .
Program Anugerah ini fleksibel , bukan bersifat pertandingan , memberi peluang di samping menekankan kepada pencapaian serta kemampuan individu .


Sumber
https://www.facebook.com/anugerah.remajaperdana.5

0 comments:

Post a Comment