CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY
MRSM BALING.
PENDAHULUAN
Program ini merupakan satu
aktiviti kemasyarakatan atau tanggungjawab sosial korporat MRSM Baling kepada masyarakat setempat yang memerlukan
bantuan khas.
MATLAMAT
Corporate Social Responsibility (CSR) merupakan perkara yang diutamakan oleh Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Baling
kerana ia selaras dengan prinsip-prinsip misi dan visi iaitu selain menjadikan
pusat kecemerlangan pendidikan yang inovatif dan bertaraf dunia kami juga menyokong
aspirasi kerajaan dalam membasmi masalah atau membantu penduduk setempat
sekadar yang termampu.
Menyelami Kehidupan' adalah tema
untuk dasar Tanggungjawab Sosial Korporat di mana sebagai sebuah insitusi
pendidikan seperti MRSM yang bertanggungjawab mendidik dan dalam menyokong
aspirasi kerajaan, kami komited untuk melaksanakan program-program dan
aktiviti-aktiviti yang akan menyumbang ke arah pembangunan masyarakatan dan
ekonomi negara.
OBJEKTIF
- MRSM Baling berpegang teguh kepada objektif MRSM iaitu selain menjadikan institusi MRSM yang cemerlang dalam bidang akademik,harapan pengurusan MRSM agar pelajar-pelajarnya serta warga kerjanya terpuji dalam bidang sahsiah iaitu bantu membantu masyarakat sekelilingnya.
- Memperkukuh perasaan muhibah dan hubungan dengan para warga kerja dengan masyarakat setempat.
Sepanjang tahun
KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN
- Anggota kerja MARA.
- Masyarakat setempat yang memerlukan bantuan.
- Ibubapa pelajar serta pelawat
CADANGAN AKTIVITI 2014
- Kadar sumbangan kepada sasaran:
b) Musibah – mengikut keperluan
c) Fakir miskin –RM 200.00
- Tabung kilat akan digerakkan apabila ada keperluan.
- Bersahur bersama anak – anak yatim pada ramadhan akan datang.
- Mengadakan perjumpaan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
- Akan mengadakan program di Ringlet , Cameron Highland
0 comments:
Post a Comment