MRSM Baling photo 1001076_553324654730273_1874794375_n_zps9af75643.jpg

Pertandingan Wau Tinggi dan Kreatif

Salah seorang peserta Pertandingan Wau Tinggi sedang beraksi.

Minggu Bahasa Zon Utara 2014

MRSM Baling menjadi tuan rumah Minggu Bahasa Zon Utara pada 28 Feb hingga 3 Mac 2014.

Kejohanan Olahraga 2014 Melabuh tirai

Riak wajah gembira para pegawai kejohanan yang bergambar bersama pelajar selepas Majlis Penutupan Kejohanan.

Kejohanan Merentas Desa 2014

Pengetua bersama penyelaras kejohanan menyampaikan hadiah kepada pemenang.

CSR ke KG Banggol Berangan Baling

Pengetua bersama krew CSR menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima untuk program CSR MRSM Baling.

Penyesuaian Diri Pelajar Baru

Cikgu Hasyim menerangkan cara untuk seterika baju kepada pelajar baru 2014.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2014

Sambutan Maulidur Rasul dimeriahkan dengan kehangatan forum yang di hoskan oleh Ustaz Mohd Najib Abdul Halim. Antara panel ialah Ustaz Rosmaini, Ustaz Solehan dan Ustaz Khairuddin.

Mengecat Sepanduk Sempena Maulidur Rasul 2014

Pelajar sedang bertungkus-lumus menyiapkan sepanduk Maulidur Rasul sebelum menyertai pertandingan perbarisan terbaik sempena Sambutan Maulidur Rasul 1435 H.

Majlis Perpisahan Cg. Yusof dan Cg. Saadah

Perpindahan Cg. Yusof ke MRSM Beseri dan Cg. Saadah ke MRSM Taiping sangat dirasai. Terima kasih atas segala khidmat bakti yang diberikan kepada MRSM Baling.

Majlis Graduasi 2013

Majlis Graduasi 2013 berlangsung dengan lancar. Kami mengucapkan tahniah kepada pelajar yang berjaya.

CSR Ringlet Cameron Higland

Penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Pengetua MRSM Baling En. Shahrizal.

Islamic Festival (i-Fest'13)

Persembahan kumpulan Nasyid terkenal INTEAM berjaya memukau hadirin iFest'13.

Friday 14 August 2015

SAMBUTAN KEMERDEKAAN MRSM SE-MALAYSIA

Merdeka merupakan satu titik penting dalam sejarah negara kita,oleh itu bagi memastikan sambutan kemerdekaan ini diteruskan,Mara telah melakukan sambutan kemerdekaan peringkat MRSM. Seramai 5 orang peserta tingkatan 2 iaitu Anas Ahmadi, Sara Nur Ain, Raziq Kamaruddin, Hanie Shameera dan Muhammad  Izmeer mewakilil MRSM Baling ke Sambutan Kemerdekaan di MRSM Pasir Tumbuh, Kelantan  pada14 hingga 17 Ogos 2015.

Antara pertandingan yang diadakan ialah membuat wau,pertandingan lagu rakyat,video klip merdeka dan pertandingan puisi merdeka bagi memupuk sifat bersaing secara sifat dan menyemai semangat cintakan negara.Walaupun MRSM Baling tidak memperoleh kemenangan namun sambutan ini telah berjaya memupuk semangat patriotisme di kalangan peserta.