MRSM Baling photo 1001076_553324654730273_1874794375_n_zps9af75643.jpg

Pertandingan Wau Tinggi dan Kreatif

Salah seorang peserta Pertandingan Wau Tinggi sedang beraksi.

Minggu Bahasa Zon Utara 2014

MRSM Baling menjadi tuan rumah Minggu Bahasa Zon Utara pada 28 Feb hingga 3 Mac 2014.

Kejohanan Olahraga 2014 Melabuh tirai

Riak wajah gembira para pegawai kejohanan yang bergambar bersama pelajar selepas Majlis Penutupan Kejohanan.

Kejohanan Merentas Desa 2014

Pengetua bersama penyelaras kejohanan menyampaikan hadiah kepada pemenang.

CSR ke KG Banggol Berangan Baling

Pengetua bersama krew CSR menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima untuk program CSR MRSM Baling.

Penyesuaian Diri Pelajar Baru

Cikgu Hasyim menerangkan cara untuk seterika baju kepada pelajar baru 2014.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2014

Sambutan Maulidur Rasul dimeriahkan dengan kehangatan forum yang di hoskan oleh Ustaz Mohd Najib Abdul Halim. Antara panel ialah Ustaz Rosmaini, Ustaz Solehan dan Ustaz Khairuddin.

Mengecat Sepanduk Sempena Maulidur Rasul 2014

Pelajar sedang bertungkus-lumus menyiapkan sepanduk Maulidur Rasul sebelum menyertai pertandingan perbarisan terbaik sempena Sambutan Maulidur Rasul 1435 H.

Majlis Perpisahan Cg. Yusof dan Cg. Saadah

Perpindahan Cg. Yusof ke MRSM Beseri dan Cg. Saadah ke MRSM Taiping sangat dirasai. Terima kasih atas segala khidmat bakti yang diberikan kepada MRSM Baling.

Majlis Graduasi 2013

Majlis Graduasi 2013 berlangsung dengan lancar. Kami mengucapkan tahniah kepada pelajar yang berjaya.

CSR Ringlet Cameron Higland

Penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Pengetua MRSM Baling En. Shahrizal.

Islamic Festival (i-Fest'13)

Persembahan kumpulan Nasyid terkenal INTEAM berjaya memukau hadirin iFest'13.

Thursday 27 February 2014

Hulur bantuan ringankan beban

MRSM BALING, 27 Feb 2014 - Disaat kita bersenang, ada orang yang sedang memerlukan bantuan. Justeru pada kali ini CSR MRSM Baling berkesempatan memberikan sumbangan bagi meringankan kos rawatan anak kepada pengawal keselamatan MRSM Baling iaitu  En. Bahari yang kini sedang menjalani rawatan sepanjang hayat di Hospital Sultan Abdul Halim S.Petani Kedah. Beliau disahkan menghidap penyakit kanser neuroblastoma tahap IV. Sebanyak RM 700 telah berjaya disampaikan dan seterusnya pihak jawatankuasa sebulat suara akan mengadakan kutipan untuk disalurkan pada masa akan datang.

CSR Ke Kampung Banggol Berangan Baling

KG BANGGOL BALING, 27 Feb 2014 - Jawatankuasa CSR MRSM Baling telah menyantuni Puan Norzaini binti Ahmad yang menetap di Kg. Banggol Berangan Baling dalam satu majlis yang ringkas. Sumbangan disampaikan oleh En.Shahrizal bin Mohd Saderi dalam bentuk tunai dan juga barang keperluan harian. Terima kasih kepada penyumbang yang menderma untuk tabung Dana CSR MRSM Baling. Maklumat berkenaan CSR sila klik sini


Buku untuk Mini Maktabah Pusat Islam Ar-Rahman telah sampai!

MRSM BALING, 27 Feb 2014 - Alhamdulillah segala puji dan syukur kepada Allah atas segala nikmatNya yang tidak terhitung, khususnya atas kejayaan Pusat Islam Ar-Rahman menapak satu langkah kehadapan dalam proses menubuhkan Mini Maktabahnya sendiri (Perpustakaan Mini). Sebanyak RM10,981 daripada kutipan Wang Amal Islami disalurkan untuk membeli lebih kurang 700 naskah buku agama bagi rujukan pelajar MRSM Baling. Pada 27 Feb, pihak pembekal iaitu Kedai Buku Hassani Sungai Petani telah menghantar buku-buku yang ditempah ke MRSM. Idea penubuhan daripada Pengetua sendiri setelah melihat surau MRSM Felda Trolak yang mewujudkan sudut perpustakaan mini yang mana dilihat mampu 'merakyatkan' surau dalam kalangan pelajar. Justeru, amatlah diharapkan agar kemudahan yang bakal tersedia ini (InsyaAllah) mampu memberi manfaat kepada warga MRSM Baling khususnya kepada para pelajar.

Sebahagian pelajar memeriksa setiap buku yang dibeli.

Tuesday 25 February 2014

Lensa Kejohanan Olahraga Hari Kedua

MRSM BALING, 25 FEB 2014 - Lensa hari kedua kejohanan olahraga 2014