MRSM Baling photo 1001076_553324654730273_1874794375_n_zps9af75643.jpg

Pertandingan Wau Tinggi dan Kreatif

Salah seorang peserta Pertandingan Wau Tinggi sedang beraksi.

Minggu Bahasa Zon Utara 2014

MRSM Baling menjadi tuan rumah Minggu Bahasa Zon Utara pada 28 Feb hingga 3 Mac 2014.

Kejohanan Olahraga 2014 Melabuh tirai

Riak wajah gembira para pegawai kejohanan yang bergambar bersama pelajar selepas Majlis Penutupan Kejohanan.

Kejohanan Merentas Desa 2014

Pengetua bersama penyelaras kejohanan menyampaikan hadiah kepada pemenang.

CSR ke KG Banggol Berangan Baling

Pengetua bersama krew CSR menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima untuk program CSR MRSM Baling.

Penyesuaian Diri Pelajar Baru

Cikgu Hasyim menerangkan cara untuk seterika baju kepada pelajar baru 2014.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2014

Sambutan Maulidur Rasul dimeriahkan dengan kehangatan forum yang di hoskan oleh Ustaz Mohd Najib Abdul Halim. Antara panel ialah Ustaz Rosmaini, Ustaz Solehan dan Ustaz Khairuddin.

Mengecat Sepanduk Sempena Maulidur Rasul 2014

Pelajar sedang bertungkus-lumus menyiapkan sepanduk Maulidur Rasul sebelum menyertai pertandingan perbarisan terbaik sempena Sambutan Maulidur Rasul 1435 H.

Majlis Perpisahan Cg. Yusof dan Cg. Saadah

Perpindahan Cg. Yusof ke MRSM Beseri dan Cg. Saadah ke MRSM Taiping sangat dirasai. Terima kasih atas segala khidmat bakti yang diberikan kepada MRSM Baling.

Majlis Graduasi 2013

Majlis Graduasi 2013 berlangsung dengan lancar. Kami mengucapkan tahniah kepada pelajar yang berjaya.

CSR Ringlet Cameron Higland

Penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Pengetua MRSM Baling En. Shahrizal.

Islamic Festival (i-Fest'13)

Persembahan kumpulan Nasyid terkenal INTEAM berjaya memukau hadirin iFest'13.

Friday 23 May 2014

Kejohanan Guru dan Kakitangan MRSM Zon Utara (GURKA)

MRSM Taiping, 23-26 MEI 2014 - Kontingen Kejohanan Guru dan Kakitangan MRSM Zon Utara (GURKA) MRSM Baling, tidak pulang dengan tangan kosong apabila berjaya mendapat Johan bagi acara Badminton Terbuka dan Naib Johan bagi acara Bola Sepak. Kejohanan yang berlangsung selama 4 hari ini telah diadakan dengan jayanya di MRSM Taiping. Majlis Penutupan disempurnakan oleh En. Abdul Hamid bin Hj. Ahmad, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah MARA. Dalam masa yang sama juga diumumkan MRSM Pengkalan Hulu sebagai tuan rumah bagi GURKA 2015.








































Sunday 18 May 2014

AMALI WUDHUK DAN SOLAT TINGKATAN 1

MRSM BALING, 18 MEI 2014 - Unit Pendidikan Islam dan Bahasa Arab MRSM Baling mengadakan Penilaian Wudhuk dan Solat bagi semua pelajar tingkatan 1. Para pelajar dibahagikan kepada kumpulan yang terdiri daripada 5 orang pelajar setiap kumpulan dan seorang fasilitator. Fasilitator dipilih daripada pelajar yang cemerlang daripada kalangan pelajar tingkatan 2.