MRSM Baling photo 1001076_553324654730273_1874794375_n_zps9af75643.jpg

Pertandingan Wau Tinggi dan Kreatif

Salah seorang peserta Pertandingan Wau Tinggi sedang beraksi.

Minggu Bahasa Zon Utara 2014

MRSM Baling menjadi tuan rumah Minggu Bahasa Zon Utara pada 28 Feb hingga 3 Mac 2014.

Kejohanan Olahraga 2014 Melabuh tirai

Riak wajah gembira para pegawai kejohanan yang bergambar bersama pelajar selepas Majlis Penutupan Kejohanan.

Kejohanan Merentas Desa 2014

Pengetua bersama penyelaras kejohanan menyampaikan hadiah kepada pemenang.

CSR ke KG Banggol Berangan Baling

Pengetua bersama krew CSR menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima untuk program CSR MRSM Baling.

Penyesuaian Diri Pelajar Baru

Cikgu Hasyim menerangkan cara untuk seterika baju kepada pelajar baru 2014.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2014

Sambutan Maulidur Rasul dimeriahkan dengan kehangatan forum yang di hoskan oleh Ustaz Mohd Najib Abdul Halim. Antara panel ialah Ustaz Rosmaini, Ustaz Solehan dan Ustaz Khairuddin.

Mengecat Sepanduk Sempena Maulidur Rasul 2014

Pelajar sedang bertungkus-lumus menyiapkan sepanduk Maulidur Rasul sebelum menyertai pertandingan perbarisan terbaik sempena Sambutan Maulidur Rasul 1435 H.

Majlis Perpisahan Cg. Yusof dan Cg. Saadah

Perpindahan Cg. Yusof ke MRSM Beseri dan Cg. Saadah ke MRSM Taiping sangat dirasai. Terima kasih atas segala khidmat bakti yang diberikan kepada MRSM Baling.

Majlis Graduasi 2013

Majlis Graduasi 2013 berlangsung dengan lancar. Kami mengucapkan tahniah kepada pelajar yang berjaya.

CSR Ringlet Cameron Higland

Penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Pengetua MRSM Baling En. Shahrizal.

Islamic Festival (i-Fest'13)

Persembahan kumpulan Nasyid terkenal INTEAM berjaya memukau hadirin iFest'13.

Monday 16 November 2015

UNGA 2015


Pada 17 Ogos 2015, MRSM Baling telah mengadakan program Mini Model UNGA (United Nations General Assembly). Tujuan program ini diadakan adalah untu memupuk gaya pemikiran, kebolehan kerja berpasukan dan kepimpinan kritikal dalam para pelajar. Semua pelajar tingakatan empat telah mengambil bahagian dalam program tersebut. Setiap kelas mewakili tujuh buah Negara. Antaranya adalah Negara Egypt, Japan, France, Sweden, United Kingdom, New Zealand dan India.
Setiap kelas dikehendaki untuk mengadakan pameran berdasarkan Negara yang telah diwakili. Guru-guru telah menghadirkan diri semasa pameran tersebut untuk mengambil markah dan bertanyakan soalan kepada para pelajar. Pameran tersebut turut dibuka kepada warga MRSM Baling yang lain.

Pada sebelah malamnya pula, wakil dari setiap Negara dikehendaki untuk melibatkan diri dalam pertandingan forum yang diadakan di Dewan Merdeka. Acara tersebut dimeriahkan dengan nyanyian lagu setiap Negara yang mengambil bahagian. Forum tersebut telah berlangsung selama dua jam setengah dan disaksikan oleh semua pelajar MRSM Baling. Diharapkan agar  maktab kita terus melakukan program seperti ini agar semua pelajar mendapat faedahnya.









IIUM DEBATING CHAMPIONSHIP 2015


MRSM Baling sent out 2 teams to the IIUM Debating championship in August. The English Debating Team consisted of Nini Fazli, Shafiqa Amira and Dienta Alias. The Bahasa Debating Team consisted of Ezzanie, Maisarah Sofia and Qamariana. The Tournament lasted for 5 days in the IIUM Gombak campus. Our debaters proudly as both teams scored 3 wins.


 
PERTANDINGAN MINGGU BAHASA DAN KUIZ KESUSASTERAAN MRSM ZON UTARA




   Bahagian Pendidikan Mara telah menganjurkan acara tahunan iaitu Minggu Bahasa. Pada tahun ini,MRSM Berseri telah menjadi tuan rumah acara tersebut. Seramai orang pelajar telah dipilih bagi mewakili maktab dalam acara yang dipertandingan pada yang lalu.
     Antara acara yang dipertandingkan adalah seperti Drama bahasa inggeris,pertandingan Scarbble,Spelling bee,Story-telling,Public Speaking, Pidato, Syair, Sajak serta Forum.Pertandingan ini bertujuan bagi mengasah bakat-bakat terpendam pelajar serta memberi peluang supaya mereka menjadi lebih yakin dengan kebolehan yang mereka ada.

     Beberapa orang pelajar MRSM Baling telah dalam acara yang dipertandingkan. Antaranya, Nur Hidayah dalam kategori Public Speaking dan Hasman Selle dalam pertandingan sajak.Selain itu, kontinjen drama MRSM Baling telah mendapat tempat kedua keseluruhan.Tambahan pula, Moha Rifqy  daripada kontinjen drama telah mendapat Anugerah Pelakon Sampingan terbaik.Semoga lebih ramai pelajar yang akan menyertai Minggu bahasa pada tahun hadapan.
DRAMA PERINGKAT DAERAH


           
 Hari Rabu yang bertarikhkan 5 Ogos 2015 ,Pejabat Pendidikan Daerah Baling(PPD),telah menganjurkan pertandingan drama.SMK Tanjung Puteri telah menjadi tuan rumah bagi pertandingan tahun ini.Seramai 15 orang peserta yang terdiri daripada tingkatan 3,4 dan 5 telah melibatkan diri dalam pertandingan tersebut.Sebanyak 9 buah sekolah di daerah Baling telah melibatkan diri dalam pertandingan ini.

               Pencapaian yang amat memberangsangkan telah ditunjukan oleh kontijen maktab kita.Mereka bertungkus-lumus pada hari tersebut untuk mempersembahkan lakonan mereka.Secara tidak langsung, ia dapat memupuk semangat kerjasama antara mereka.Selain itu,ia dapat meningkatkan keyakinan dalam diri para peserta.MRSM Baling telah mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan tersebut.Ammar Adzim telah dinobatkan sebagai pelakon lelaki terbaik dalam pertandingan tersebut.Semoga maktab kita akan memperoleh kejayaan yang cemerlang pada tahun-tahun yang berikutnya.