MRSM Baling photo 1001076_553324654730273_1874794375_n_zps9af75643.jpg

Monday 16 November 2015

DRAMA PERINGKAT DAERAH


           
 Hari Rabu yang bertarikhkan 5 Ogos 2015 ,Pejabat Pendidikan Daerah Baling(PPD),telah menganjurkan pertandingan drama.SMK Tanjung Puteri telah menjadi tuan rumah bagi pertandingan tahun ini.Seramai 15 orang peserta yang terdiri daripada tingkatan 3,4 dan 5 telah melibatkan diri dalam pertandingan tersebut.Sebanyak 9 buah sekolah di daerah Baling telah melibatkan diri dalam pertandingan ini.

               Pencapaian yang amat memberangsangkan telah ditunjukan oleh kontijen maktab kita.Mereka bertungkus-lumus pada hari tersebut untuk mempersembahkan lakonan mereka.Secara tidak langsung, ia dapat memupuk semangat kerjasama antara mereka.Selain itu,ia dapat meningkatkan keyakinan dalam diri para peserta.MRSM Baling telah mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan tersebut.Ammar Adzim telah dinobatkan sebagai pelakon lelaki terbaik dalam pertandingan tersebut.Semoga maktab kita akan memperoleh kejayaan yang cemerlang pada tahun-tahun yang berikutnya.

0 comments:

Post a Comment