MRSM Baling photo 1001076_553324654730273_1874794375_n_zps9af75643.jpg

Pertandingan Wau Tinggi dan Kreatif

Salah seorang peserta Pertandingan Wau Tinggi sedang beraksi.

Minggu Bahasa Zon Utara 2014

MRSM Baling menjadi tuan rumah Minggu Bahasa Zon Utara pada 28 Feb hingga 3 Mac 2014.

Kejohanan Olahraga 2014 Melabuh tirai

Riak wajah gembira para pegawai kejohanan yang bergambar bersama pelajar selepas Majlis Penutupan Kejohanan.

Kejohanan Merentas Desa 2014

Pengetua bersama penyelaras kejohanan menyampaikan hadiah kepada pemenang.

CSR ke KG Banggol Berangan Baling

Pengetua bersama krew CSR menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima untuk program CSR MRSM Baling.

Penyesuaian Diri Pelajar Baru

Cikgu Hasyim menerangkan cara untuk seterika baju kepada pelajar baru 2014.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2014

Sambutan Maulidur Rasul dimeriahkan dengan kehangatan forum yang di hoskan oleh Ustaz Mohd Najib Abdul Halim. Antara panel ialah Ustaz Rosmaini, Ustaz Solehan dan Ustaz Khairuddin.

Mengecat Sepanduk Sempena Maulidur Rasul 2014

Pelajar sedang bertungkus-lumus menyiapkan sepanduk Maulidur Rasul sebelum menyertai pertandingan perbarisan terbaik sempena Sambutan Maulidur Rasul 1435 H.

Majlis Perpisahan Cg. Yusof dan Cg. Saadah

Perpindahan Cg. Yusof ke MRSM Beseri dan Cg. Saadah ke MRSM Taiping sangat dirasai. Terima kasih atas segala khidmat bakti yang diberikan kepada MRSM Baling.

Majlis Graduasi 2013

Majlis Graduasi 2013 berlangsung dengan lancar. Kami mengucapkan tahniah kepada pelajar yang berjaya.

CSR Ringlet Cameron Higland

Penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Pengetua MRSM Baling En. Shahrizal.

Islamic Festival (i-Fest'13)

Persembahan kumpulan Nasyid terkenal INTEAM berjaya memukau hadirin iFest'13.

Tuesday 7 July 2015

Imam dari Gaza Palestin di MRSM Baling

MRSM Baling, 7 Julai 2015 - Warga MRSM Baling sungguh bertuah pada hari ini kerana di kunjungi oleh Syeikh Mohammed Hamdey al-Wali yang berasal daripada Gaza,Palestin. Beliau bertugas di Kementerian Dalam Negeri, Palestin dan sedang menyambung pelajaran di peringkat Ph.D dalam bidang Hadis dan Ulum di Turkey. Insan yang hebat ini berada selama seminggu di Baling, Kedah atas usaha dan inisiatif pertubuhan HALUAN Baling yang diketuai oleh Cikgu Basri. Tazkirah yang disampaikan oleh syeikh berkenaan semangat dan motivasi belajar dan beliau mengaitkan dengan kesungguhan anak-anak pelajar Palestin yang walaupun hidup mereka berada dalam keadaan susah dan suasana peperangan, tetapi sangat bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu pelajaran. Antara lain beliau juga menekankan tentang peri pentingnya setiap diri pelajar mempunyai matlamat dan wawasan dalam hidup termasuklah untuk menjadi pemimpin umat Islam yang akan membebaskan Masjid Al-Aqsa pada satu hari nanti. Syeikh Mohammed Hamdey dibantu oleh Ustaz Mohd Fauzi Hashim selaku jurubahasa sepanjang sesi tazkirah yang berlangsung selama satu jam bertempat di Pusat Islam Ar-Rahman MRSM Baling. Sebanyak RM920 hasil kutipan daripada pelajar dan guru berjaya diserahkan kepada syeikh sebagai tanda sokongan warga MRSM Baling kepada Saudara Islam Palestin.

























Sunday 5 July 2015

Kem Ibadah Pelajar Siri 2 / 2015

PUSKEP Lenggong, 3-5 JULAI 2015 - Sempena dengan bulan ramadan ini, Pusat Latihan Kepimpinan Pelajar MARA (PUSKEP) telah mengadakan Kem Ibadah Pelajar, dan 4 orang pelajar MRSM Baling telah terlibat sebagai peserta dalam program ini. Peserta program terdiri daripada 4 orang wakil pelajar daripada 25 buah MRSM termasuk MRSM daripada negeri borneo. Antara program yang menarik adalah Smart Solat, Amali Pengurusan Jenazah, Amali Sembelihan dan Bedah Al-Quran.