MRSM Baling photo 1001076_553324654730273_1874794375_n_zps9af75643.jpg

Pertandingan Wau Tinggi dan Kreatif

Salah seorang peserta Pertandingan Wau Tinggi sedang beraksi.

Minggu Bahasa Zon Utara 2014

MRSM Baling menjadi tuan rumah Minggu Bahasa Zon Utara pada 28 Feb hingga 3 Mac 2014.

Kejohanan Olahraga 2014 Melabuh tirai

Riak wajah gembira para pegawai kejohanan yang bergambar bersama pelajar selepas Majlis Penutupan Kejohanan.

Kejohanan Merentas Desa 2014

Pengetua bersama penyelaras kejohanan menyampaikan hadiah kepada pemenang.

CSR ke KG Banggol Berangan Baling

Pengetua bersama krew CSR menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima untuk program CSR MRSM Baling.

Penyesuaian Diri Pelajar Baru

Cikgu Hasyim menerangkan cara untuk seterika baju kepada pelajar baru 2014.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2014

Sambutan Maulidur Rasul dimeriahkan dengan kehangatan forum yang di hoskan oleh Ustaz Mohd Najib Abdul Halim. Antara panel ialah Ustaz Rosmaini, Ustaz Solehan dan Ustaz Khairuddin.

Mengecat Sepanduk Sempena Maulidur Rasul 2014

Pelajar sedang bertungkus-lumus menyiapkan sepanduk Maulidur Rasul sebelum menyertai pertandingan perbarisan terbaik sempena Sambutan Maulidur Rasul 1435 H.

Majlis Perpisahan Cg. Yusof dan Cg. Saadah

Perpindahan Cg. Yusof ke MRSM Beseri dan Cg. Saadah ke MRSM Taiping sangat dirasai. Terima kasih atas segala khidmat bakti yang diberikan kepada MRSM Baling.

Majlis Graduasi 2013

Majlis Graduasi 2013 berlangsung dengan lancar. Kami mengucapkan tahniah kepada pelajar yang berjaya.

CSR Ringlet Cameron Higland

Penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Pengetua MRSM Baling En. Shahrizal.

Islamic Festival (i-Fest'13)

Persembahan kumpulan Nasyid terkenal INTEAM berjaya memukau hadirin iFest'13.

Tuesday 28 January 2014

Kejohanan sepak Takraw MSSD


BALING, 28 jan 2014 - Kejohanan sepak Takraw MSSD Baling telah berlangsung di gelanggang SMK Baling. MRSM menghantar 2 Pasukan Bawah 15 tahun dianggotai oleh Aizad, Wafiq, Hakimi dan Khairul. Manakala regu B pula dianggotai Oleh Aiman, Hasman,Adib dan Syarafi. Keputusan perlawanan Regu A layak ke suku akhir manakala regu B tersungkur di separuh Akhir. Tahniah diucapkan. Semoga tahun depan memperoleh kejayaan cemerlang


Sumber  

Saturday 25 January 2014

Pelancaran 3G SPM & PMR


BALING, 25 Jan 2014 - Majlis Pelancaran 3G (Gerak,Gempur,Gemilang) bagi pelajar tingkatan 3 dan 5 MRSM Baling telah disempurnakan oleh Pn. Hjh, Norzan Bt. Mohd Akib, Timb. Pengarah Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA. Pihak Maktab telah melantik Cikgu Zilawati Roslinda Bt. Mohd Zain bagi menerajui jawatankuasa 3G SPM 2014. Manakala Cikgu Haslida Bt. Reseli pula dilantik menerajui jawatankuasa 3G PBSMR 2014. Majlis bacaan ikrar pelajar SPM diketuai oleh Nur Luqman Allif b. Zainal manakala Hasman b. Salle mengetuai bacaan ikrar pelajar PBSMR..












Saturday 18 January 2014

Pertemuan Mingguan Pertama 2014



MRSM BALING, 16 Januari 2014 - Mulai tahun 2014, setiap guru perlu menghadiri sesi pertemuan mingguan pada setiap hari khamis. Pertemuan atas Inisiatif tuan Pengetua En. Shahrizal Bin Mohd Saderi ini membolehkan guru berkongsi maklumat bagi meningkatkan lagi ilmu berkaitan pengajaran dan pembelajaran. 

Thursday 16 January 2014

Program Motivasi dan Jaya Diri


MRSM Baling 16-17 Januari 2014 - Program Motivasi dan Jaya Diri murid tahun 6 Sek.Keb. Tawar, Kuala Ketil dengan kerjasama MRSM Baling telah diadakan pada 16-17 Januari 2014 yang lalu. Program 2 hari 1 malam tersebut adalah anjuran SK Tawar dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling MRSM Baling dijayakan dengan bantuan Guru Asrama dan Peers MRSM Baling. Tujuan utama program ini untuk meningkatkan motivasi pelajar dan pendedahan murid luar bandar dalam kehidupan di sekolah berasrama penuh seperti MRSM Baling. Adalah diharapkan semoga peserta yang terlibat mendapat suntikan semangat dan akan berusaha bersungguh-sungguh dalam UPSR 2014 nanti.InsyaAllah..









Wednesday 15 January 2014

Sambutan Maulidur Rasul 1435/2014


MRSM BALING, 14 Januari 2014 - Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1435 H peringkat MRSM Baling pada tahun ini telah diadakan dengan sederhana. Seluruh warga maktab, guru, staf dan pelajar bersama-sama berarak mengelilingi maktab sambil berselawat memuji Baginda Rasul Muhammad SAW. Program anjuran bersama Unit PAI, BWP, BADAR, LDP dan Pusat Islam ini dimeriahkan dengan Forum Perdana, persembahan qasidah dan juga pertandingan perbarisan terbaik (kategori kelas). 

                              (Ahli Forum yang dipengerusikan oleh Ustaz Mohd Najib Bin Abdul Halim)