MRSM Baling photo 1001076_553324654730273_1874794375_n_zps9af75643.jpg

Pertandingan Wau Tinggi dan Kreatif

Salah seorang peserta Pertandingan Wau Tinggi sedang beraksi.

Minggu Bahasa Zon Utara 2014

MRSM Baling menjadi tuan rumah Minggu Bahasa Zon Utara pada 28 Feb hingga 3 Mac 2014.

Kejohanan Olahraga 2014 Melabuh tirai

Riak wajah gembira para pegawai kejohanan yang bergambar bersama pelajar selepas Majlis Penutupan Kejohanan.

Kejohanan Merentas Desa 2014

Pengetua bersama penyelaras kejohanan menyampaikan hadiah kepada pemenang.

CSR ke KG Banggol Berangan Baling

Pengetua bersama krew CSR menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima untuk program CSR MRSM Baling.

Penyesuaian Diri Pelajar Baru

Cikgu Hasyim menerangkan cara untuk seterika baju kepada pelajar baru 2014.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2014

Sambutan Maulidur Rasul dimeriahkan dengan kehangatan forum yang di hoskan oleh Ustaz Mohd Najib Abdul Halim. Antara panel ialah Ustaz Rosmaini, Ustaz Solehan dan Ustaz Khairuddin.

Mengecat Sepanduk Sempena Maulidur Rasul 2014

Pelajar sedang bertungkus-lumus menyiapkan sepanduk Maulidur Rasul sebelum menyertai pertandingan perbarisan terbaik sempena Sambutan Maulidur Rasul 1435 H.

Majlis Perpisahan Cg. Yusof dan Cg. Saadah

Perpindahan Cg. Yusof ke MRSM Beseri dan Cg. Saadah ke MRSM Taiping sangat dirasai. Terima kasih atas segala khidmat bakti yang diberikan kepada MRSM Baling.

Majlis Graduasi 2013

Majlis Graduasi 2013 berlangsung dengan lancar. Kami mengucapkan tahniah kepada pelajar yang berjaya.

CSR Ringlet Cameron Higland

Penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Pengetua MRSM Baling En. Shahrizal.

Islamic Festival (i-Fest'13)

Persembahan kumpulan Nasyid terkenal INTEAM berjaya memukau hadirin iFest'13.

Monday 27 April 2015

TAHNIAH KONTINJEN DEBAT MRSM BALING



Program Debat MRSM Se-Malaysia yang telah dilaksanakan bermula pada tahun 2009 ini sejajar dengan hasrat dan usaha MARA khususnya Bahagian Pendidikan & Latihan (Menengah) MARA untuk memperkasakan aktiviti perdebatan dalam kalangan pelajar MRSM.

Pertandingan ala parlimen ini akan menggunakan sistem 'power match' iaitu berformatkan pertandingan institusi pengajian tinggi. Format ini telah diterima secara rasmi untuk 'All Asian Intervarsity Debating Championship'


Pertandingan Debat MRSM Se-Malaysia pada tahun ini telah bertempat di MRSM Batu Pahat  pada 24-27 April 2015. Seramai 8 orang kontinjen Debat MRSM Baling telah terlibat dengan program ini dan mengharumkan nama maktab tercinta di persada kebangsaan.


Kontinjen Debat Bahasa Melayu terdiri daripada Irfan , Ezannie Balqis, Nur Qamarina dan Maisarah Sofia. Mereka berjaya mendapat tempat ke-18 daripada 43 MRSM yang bertanding.


Sementara untuk kontinjen Debat Bahasa Inggeris yang terdiri daripada Amirah Huda, Shafiqa Amira, Nini Fazli dan Nurul Hana , mereka telah berjaya menempatkan pasukan mereka ke peringkat suku akhir dan mendapat tempat ke-8 keseluruhan. Mereka juga berjaya melayakkan diri ke pertandingan Debat ASEAN yang akan diadakan pada hujung tahun ini.

 Syabas diucapkan kepada mereka!


Dari kiri : Hanini Fazli, Ezannie Balqis, Nurul Hana, Maisarah Sofia, Nur Qamarina, Amirah Huda, Shafiqa Amira dan Irfan

Saturday 25 April 2015

NATIONAL ACADEMIC DECATHLON - KEDAH REGIONAL ROUND

Julung kalinya, pada 24 hingga 25 April 2015, the Ministry of Debate and Public Speaking (MIDP) telah mengadakan National Academic Decathlon 2015 peringkat negeri Kedah. Pertandingan ini diadakan di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah. Sebanyak 30 orang pelajar MRSM Baling telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

Pertandingan yang baru pertama kali diadakan di persada Malaysia ini bertujuan untuk membangunkan semangat ilmiah di dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Malaysia. Sebanyak 5 aktiviti telah diadakan, antaranya Brain Challenge, Team Debate, Collaborative Writing, Group Challenge  dan Team Debate.

Walaupun hanya berlangsung selama 2 hari, program ini dapat membuka mata pelajar MRSM Baling terhadap dunia luar. Pencapaian membanggakan pelajar MRSM Baling telah mengalahkan sebanyak 126 peserta.

Untuk peringakat Junior :

·         No. 1 Public Speaking   ( Nur Ilham, Arfah Shafie dan Putri Nurdania)
·         No. 2 Public Speaking   ( Erin, Hana Alyza dan Anisa Hadia)
·         No 2. Group Challenge   ( Nur Ilham, Arfah Shafie dan Putri Nurdania)
·         No 2. Writing  ( Amar, Faris Munawir dan Danial)


Untuk peringkat Senior :

·         No. 2 Public Speaking    ( Irfan Kamaruddin, Moha Rifqy dan Khalif Johari )
·         No. 5 Debate Challenge ( Dienta Alias, Nur Aina Trisha dan Nurul Hidayah)

Diharapkan pengliabatan ini dapat diperuntukkan untuk melahirkan pelajar yang berwawasan tinggi.



Sunday 5 April 2015

World Scholar's Cup 2015 Penang Regional Round - An Experience to Remember



The World Scholar's Cup is an international team academic tournament with students participating from over 40 countries. The World Scholar's Cup has attracted what it calls "a global community of future scholars and leaders", and promotes that it allows participants to "discover strengths and skills you never knew you had." However, despite technically being a competition, The World Scholar's Cup focuses far more on bringing students from different cultures together to discuss issues and ideas relevant to today and the future.

Six debaters of MRSM Baling are sent to the Regional Round in Penang to qualify for the Global Round set in Kuala Lumpur this June. The event was held at the Prince of Wales Island International School. The competition, which was held on 4th to 5th April 2015 has spawned so much memories for the participants. The teams :

TEAM 527 - Amirah Huda, Shafiqa Amira and Nini Fazli
TEAM 528 - Dienta Alias, Aina Trisha and Hana Hakim


Front row : From Front - Trisha, Nini, Dienta
Back row : From Front - Hana, Shafiqa, Amirah
A total of 4 events are held in this tournament which comprises of Team Debate, Collaborative Writing, Scholar's Challenge and Scholar's Bow. This year marks the third time of MRSM Baling's involvement in the World Scholar's Cup with a lot of accolades under our belt.

The Awards are :

29th Debate Individual - Dienta Alias
20th Debate Individual - Nini Fazli
6th Team Debate - TEAM 527 - Amirah Huda, Nini Fazli, Shafiqa Amira
1st Place Scholar's Challenge : Social Studies - Shafiqa Amira
Best Participant from School - Shafiqa Amira

With both teams qualified for the Global Round in Kuala Lumpur on June, all parties are satisfied with a cry of 'PWAAA-some!'

Friday 3 April 2015

Malam Cinta Rasul 2015 @ Minggu Aktiviti Sem 1 2015

MINGGU AKTIVITI SEM 1, 3 April 2015 - MRSM Baling sangat bertuah kerana dikunjungi oleh kumpulan Qasidah daripada Teratak Ilmu HjTeratak Ilmu Hj Abd Majid, Kuala Ketil, Kedah. Kumpulan Qasidah ini diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz Zikri Ghazali Al-Hafiz ini telah mengalunkan Qasidah sempena Malam Cinta Rasul 2015 anjuran BADAR sempena Minggu Pelajar Aktiviti Sem 1 2015.