MRSM Baling photo 1001076_553324654730273_1874794375_n_zps9af75643.jpg

Pertandingan Wau Tinggi dan Kreatif

Salah seorang peserta Pertandingan Wau Tinggi sedang beraksi.

Minggu Bahasa Zon Utara 2014

MRSM Baling menjadi tuan rumah Minggu Bahasa Zon Utara pada 28 Feb hingga 3 Mac 2014.

Kejohanan Olahraga 2014 Melabuh tirai

Riak wajah gembira para pegawai kejohanan yang bergambar bersama pelajar selepas Majlis Penutupan Kejohanan.

Kejohanan Merentas Desa 2014

Pengetua bersama penyelaras kejohanan menyampaikan hadiah kepada pemenang.

CSR ke KG Banggol Berangan Baling

Pengetua bersama krew CSR menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima untuk program CSR MRSM Baling.

Penyesuaian Diri Pelajar Baru

Cikgu Hasyim menerangkan cara untuk seterika baju kepada pelajar baru 2014.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2014

Sambutan Maulidur Rasul dimeriahkan dengan kehangatan forum yang di hoskan oleh Ustaz Mohd Najib Abdul Halim. Antara panel ialah Ustaz Rosmaini, Ustaz Solehan dan Ustaz Khairuddin.

Mengecat Sepanduk Sempena Maulidur Rasul 2014

Pelajar sedang bertungkus-lumus menyiapkan sepanduk Maulidur Rasul sebelum menyertai pertandingan perbarisan terbaik sempena Sambutan Maulidur Rasul 1435 H.

Majlis Perpisahan Cg. Yusof dan Cg. Saadah

Perpindahan Cg. Yusof ke MRSM Beseri dan Cg. Saadah ke MRSM Taiping sangat dirasai. Terima kasih atas segala khidmat bakti yang diberikan kepada MRSM Baling.

Majlis Graduasi 2013

Majlis Graduasi 2013 berlangsung dengan lancar. Kami mengucapkan tahniah kepada pelajar yang berjaya.

CSR Ringlet Cameron Higland

Penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Pengetua MRSM Baling En. Shahrizal.

Islamic Festival (i-Fest'13)

Persembahan kumpulan Nasyid terkenal INTEAM berjaya memukau hadirin iFest'13.

Tuesday 29 April 2014

Pesta Harum Manis Unit Homeroom@Hal Ehwal Pelajar

MRSM BALING, 29 April 2014 - Unit Homeroom MSRM Baling dibawah Timbalan Pengetua Hal Ehwal Pelajar sekali lagi berjaya mengadakan aktiviti Meganya iaitu Pesta Harum Manis pada 29 April 2014. Aktivitinya dimulakan dengan ceramah Motivasi oleh En. Harmi Taazim B. Mohamad, bapa kepada salah seorang pelajar MRSM Baling. Perkongsian yang menarik dan bermanfaat disampaikan dengan cara yang santai berjaya menarik perhatian para pelajar yang mendengarnya. Selepas selesai ceramah motivasi, pelajar dan guru serta staff dihidangkan dengan jamuan Harum Manis di dewan makan. Tahniah diucapkan kepada Unit Homeroom atas penganjuran program ini. Semoga program seperti ini diteruskan di masa akan datang.



Thursday 24 April 2014

Kem Kepimpinan Smart Leaders Siri II

KUALA NERANG KEDAH, 24-26 April 2014 - Kem Kepimpinan Smart Leaders Siri II MRSM Baling 2014 telah diadakan pada 24 hingga 26 April 2014 bertempat di AMD Resort & Camp Perik, Kuala Nerang, Kedah. Seramai 120 orang pemimpin pelajar terlibat dalam kem ini yang meliputi Badan Wakil Pelajar, Lembaga Disiplin Pelajar, Pembimbing Rakan Sebaya, Badan Dakwah & Rohani,Pengawas Pusat Sumber dan Ahli Program Usahawan Muda. Kem kepimpinan kali ini menjurus kepada pengisian soft skills seperti pengendalian mesyuarat, teknik pengucapan awam, penyediaan kertas kerja selain aktiviti fizikal yang berbentuk team building bagi merapatkan hubungan sesama warga Badan Kepimpinan Pelajar ( BKP ) MRSM Baling secara amnya. Semoga semua peserta beroleh manfaat dari penganjuran kursus ini dan mempraktikkannya dalam amalan kepimpinan mereka semasa di maktab.







































































































Disediakan Oleh
Cikgu Syahrizan Bin Mohd Amin
Guru Pengiring / Kaunselor