MRSM Baling photo 1001076_553324654730273_1874794375_n_zps9af75643.jpg

Pertandingan Wau Tinggi dan Kreatif

Salah seorang peserta Pertandingan Wau Tinggi sedang beraksi.

Minggu Bahasa Zon Utara 2014

MRSM Baling menjadi tuan rumah Minggu Bahasa Zon Utara pada 28 Feb hingga 3 Mac 2014.

Kejohanan Olahraga 2014 Melabuh tirai

Riak wajah gembira para pegawai kejohanan yang bergambar bersama pelajar selepas Majlis Penutupan Kejohanan.

Kejohanan Merentas Desa 2014

Pengetua bersama penyelaras kejohanan menyampaikan hadiah kepada pemenang.

CSR ke KG Banggol Berangan Baling

Pengetua bersama krew CSR menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima untuk program CSR MRSM Baling.

Penyesuaian Diri Pelajar Baru

Cikgu Hasyim menerangkan cara untuk seterika baju kepada pelajar baru 2014.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2014

Sambutan Maulidur Rasul dimeriahkan dengan kehangatan forum yang di hoskan oleh Ustaz Mohd Najib Abdul Halim. Antara panel ialah Ustaz Rosmaini, Ustaz Solehan dan Ustaz Khairuddin.

Mengecat Sepanduk Sempena Maulidur Rasul 2014

Pelajar sedang bertungkus-lumus menyiapkan sepanduk Maulidur Rasul sebelum menyertai pertandingan perbarisan terbaik sempena Sambutan Maulidur Rasul 1435 H.

Majlis Perpisahan Cg. Yusof dan Cg. Saadah

Perpindahan Cg. Yusof ke MRSM Beseri dan Cg. Saadah ke MRSM Taiping sangat dirasai. Terima kasih atas segala khidmat bakti yang diberikan kepada MRSM Baling.

Majlis Graduasi 2013

Majlis Graduasi 2013 berlangsung dengan lancar. Kami mengucapkan tahniah kepada pelajar yang berjaya.

CSR Ringlet Cameron Higland

Penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Pengetua MRSM Baling En. Shahrizal.

Islamic Festival (i-Fest'13)

Persembahan kumpulan Nasyid terkenal INTEAM berjaya memukau hadirin iFest'13.

Friday 27 February 2015

PERTANDINGAN TEKNOLOGI PELANCARAN ROKET (PTPR)

Pada 27 hingga 29 Februari 2015, pihak sekolah telah menghantar dua orang pelajar, Nayli Izzati binti Mohd Saad dan Nur Qamarina binti Khairul Anuar daripada 4 Jauzi bagi mewakili MRSM Baling dalam Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket (PTPR) ataupun lebih dikenali sebagai Rocket Science yang melibatkan pelajar MRSM Se-Malaysia. Pertandingan tersebut yang  dijalankan selama 3 hari 2 malam telah mengambil tempat di MRSM Balik Pulau.
Pertandingan yang melibatkan kemahiran dalam bidang fizik dan matematik ini telah diiringi oleh Cikgu Mohd. Khairul Aizzudin daripada Jabatan Sains. Antara kategori yang dipertandingkan ialah targeting dan parachute .  Keesokkan harinya, peserta didedahkan pula dengan bengkel membuat roket. Para peserta dikehendaki membuat 4 roket air untuk tujuan pertandingan. Pada petang tersebut, peserta diberi peluang untuk membuat percubaan pelancaran roket. Malam harinya, peserta dibenarkan untuk  membuat sesi baik pulih atau touch-up kepada roket ciptaan masing-masing sebagai persiapan bagi pertandingan akhir pada keesokkan hari.
Kemuncak program ialah pada 29 Februari. Pertandingan targeting diadakan pada pagi hari diikuti oleh sesi parachute pada pukul 2 petang. MRSM Kubang Pasu telah berjaya merangkul johan keseluruhan. Majlis penutup telah mengambil tempat di Dewan Sri Gemilang dengan jayanya. Pasukan kita telah  berjaya mendapat tempat ketiga untuk targeting pada sesi percubaan pelancaran roket. Pada keseuruhannya, kontinjen MRSM Baling telah berjaya meraih tempat ke 28 daripada 42 MRSM Se-Malaysia.Saya yakin bahawa maktab kita akan berjaya membawa pulang lebih banyak kejayaan di masa akan datang.