MRSM Baling photo 1001076_553324654730273_1874794375_n_zps9af75643.jpg

Saturday 22 February 2014

Kem Team Building Smart Leaders 2014

HARVARD SUASANA HOTEL SG. PETANI, 21-22 Feb 2014 - Seramai 140 orang pemimpin daripada 7 badan kepimpinan pelajar MRSM Baling sesi 2013-2014 telah menjalani Kem Team Building yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling MRSM Baling 2014. Kem selama 2 hari 1 malam yang diadakan di Harvard Suasana Hotel ini diisi dengan pelbagai aktiviti yang menguji ketajaman minda dan semangat kerjasama pasukan. Aktiviti Outdoor terbahagi kepada 2 iaitu Low Module (All Board, King's Finger, Hole in One, Spider Web and Berlin Wall) High Module (Flying Fox and Cat Walk). Pada sebelah malam pula diisi dengan ceramah kepimpinan yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mustafa selaku Timbalan Pengetua Hal Ehwal Pelajar manakala Majlis Perasmian Penutupan disempurnakan oleh En. Shahrizal bin Mohd Saderi, Pengetua MRSM Baling.

1 comments: