MRSM Baling photo 1001076_553324654730273_1874794375_n_zps9af75643.jpg

Thursday 27 February 2014

Buku untuk Mini Maktabah Pusat Islam Ar-Rahman telah sampai!

MRSM BALING, 27 Feb 2014 - Alhamdulillah segala puji dan syukur kepada Allah atas segala nikmatNya yang tidak terhitung, khususnya atas kejayaan Pusat Islam Ar-Rahman menapak satu langkah kehadapan dalam proses menubuhkan Mini Maktabahnya sendiri (Perpustakaan Mini). Sebanyak RM10,981 daripada kutipan Wang Amal Islami disalurkan untuk membeli lebih kurang 700 naskah buku agama bagi rujukan pelajar MRSM Baling. Pada 27 Feb, pihak pembekal iaitu Kedai Buku Hassani Sungai Petani telah menghantar buku-buku yang ditempah ke MRSM. Idea penubuhan daripada Pengetua sendiri setelah melihat surau MRSM Felda Trolak yang mewujudkan sudut perpustakaan mini yang mana dilihat mampu 'merakyatkan' surau dalam kalangan pelajar. Justeru, amatlah diharapkan agar kemudahan yang bakal tersedia ini (InsyaAllah) mampu memberi manfaat kepada warga MRSM Baling khususnya kepada para pelajar.

Sebahagian pelajar memeriksa setiap buku yang dibeli.

0 comments:

Post a Comment