MRSM Baling photo 1001076_553324654730273_1874794375_n_zps9af75643.jpg

Monday 16 June 2014

Retro : Tema Sambutan Hari Guru 2014

MRSM Baling, 16 Jun 2014 - Tahniah diucapkan kepada Saf Kepimpinan Badan Wakil Pelajar 2014 kerana berjaya menganjurkan Sambutan Hari Guru 2014. Sambutan bertemakan Retro ini bertujuan meraikan guru dan staf dalam satu majlis sebagai tanda penghargaan dan berterima kasih atas segala jasa dan pengorbanan guru dan staf menjaga dan mendidik para pelajar. Bemula dengan khidmat sosial pelajar tingkatan 5 dengan menawarkan khidmat cuci kereta dan motorsikal guru dan staf, majlis diteruskan dengan acara dewan yang penuh dengan kegembiraan dan keceriaan. Antara aktivitinya adalah cabutan bertuah, teka gaya, kuiz, memotong kek dan penyampaian anugerah-anugerah kepada para guru dan staf. Cikgu Muzafar dan cikgu zuhamizah telah memenangi kategori guru berpakaian paling Retro pada sambutan kali ini. Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur.














































































































0 comments:

Post a Comment