Julung kalinya, pada 24 hingga 25 April 2015, the Ministry
of Debate and Public Speaking (MIDP) telah mengadakan National Academic
Decathlon 2015 peringkat negeri Kedah. Pertandingan ini diadakan di Universiti
Utara Malaysia, Sintok, Kedah. Sebanyak 30 orang pelajar MRSM Baling telah
mengambil bahagian dalam pertandingan ini.
Pertandingan yang baru pertama kali diadakan di persada
Malaysia ini bertujuan untuk membangunkan semangat ilmiah di dalam kalangan
pelajar sekolah menengah di Malaysia. Sebanyak 5 aktiviti telah diadakan,
antaranya Brain Challenge, Team Debate, Collaborative Writing, Group
Challenge dan Team Debate.
Walaupun hanya berlangsung selama 2 hari, program ini dapat
membuka mata pelajar MRSM Baling terhadap dunia luar. Pencapaian membanggakan
pelajar MRSM Baling telah mengalahkan sebanyak 126 peserta.
Untuk peringakat Junior :
· No. 2 Public Speaking ( Erin, Hana Alyza dan Anisa Hadia)
· No 2. Group Challenge ( Nur Ilham, Arfah Shafie dan Putri Nurdania)
· No 2. Writing ( Amar, Faris Munawir dan Danial)
Untuk peringkat Senior :
·
No. 2 Public Speaking ( Irfan Kamaruddin, Moha Rifqy dan Khalif
Johari )· No. 5 Debate Challenge ( Dienta Alias, Nur Aina Trisha dan Nurul Hidayah)
0 comments:
Post a Comment