Program Debat MRSM Se-Malaysia yang telah dilaksanakan bermula pada tahun 2009 ini sejajar dengan hasrat dan usaha MARA khususnya Bahagian Pendidikan & Latihan (Menengah) MARA untuk memperkasakan aktiviti perdebatan dalam kalangan pelajar MRSM.
Pertandingan ala parlimen ini akan menggunakan sistem 'power match' iaitu berformatkan pertandingan institusi pengajian tinggi. Format ini telah diterima secara rasmi untuk 'All Asian Intervarsity Debating Championship'
Pertandingan Debat MRSM Se-Malaysia pada tahun ini telah bertempat di MRSM Batu Pahat pada 24-27 April 2015. Seramai 8 orang kontinjen Debat MRSM Baling telah terlibat dengan program ini dan mengharumkan nama maktab tercinta di persada kebangsaan.
Kontinjen Debat Bahasa Melayu terdiri daripada Irfan , Ezannie Balqis, Nur Qamarina dan Maisarah Sofia. Mereka berjaya mendapat tempat ke-18 daripada 43 MRSM yang bertanding.
Sementara untuk kontinjen Debat Bahasa Inggeris yang terdiri daripada Amirah Huda, Shafiqa Amira, Nini Fazli dan Nurul Hana , mereka telah berjaya menempatkan pasukan mereka ke peringkat suku akhir dan mendapat tempat ke-8 keseluruhan. Mereka juga berjaya melayakkan diri ke pertandingan Debat ASEAN yang akan diadakan pada hujung tahun ini.
Syabas diucapkan kepada mereka!
Dari kiri : Hanini Fazli, Ezannie Balqis, Nurul Hana, Maisarah Sofia, Nur Qamarina, Amirah Huda, Shafiqa Amira dan Irfan |
0 comments:
Post a Comment