UNGA 2015
Pada 17 Ogos 2015, MRSM Baling telah mengadakan
program Mini Model UNGA (United Nations General Assembly). Tujuan program ini
diadakan adalah untu memupuk gaya pemikiran, kebolehan kerja berpasukan dan
kepimpinan kritikal dalam para pelajar. Semua pelajar tingakatan empat telah
mengambil bahagian dalam program tersebut. Setiap kelas mewakili tujuh buah
Negara. Antaranya adalah Negara Egypt, Japan, France, Sweden, United Kingdom,
New Zealand dan India.
Setiap kelas dikehendaki untuk mengadakan pameran
berdasarkan Negara yang telah diwakili. Guru-guru telah menghadirkan diri
semasa pameran tersebut untuk mengambil markah dan bertanyakan soalan kepada
para pelajar. Pameran tersebut turut dibuka kepada warga MRSM Baling yang lain.
Pada sebelah malamnya pula, wakil dari setiap Negara
dikehendaki untuk melibatkan diri dalam pertandingan forum yang diadakan di
Dewan Merdeka. Acara tersebut dimeriahkan dengan nyanyian lagu setiap Negara
yang mengambil bahagian. Forum tersebut telah berlangsung selama dua jam
setengah dan disaksikan oleh semua pelajar MRSM Baling. Diharapkan agar maktab kita terus melakukan program seperti
ini agar semua pelajar mendapat faedahnya.
0 comments:
Post a Comment