MRSM Baling photo 1001076_553324654730273_1874794375_n_zps9af75643.jpg

Monday, 22 June 2015

WORLD SCHOLAR’S CUP: GLOBAL ROUND

Pada 22 hingga 26 Jun 2015, pusingan Antarabangsa (Global Round) World Scholar’s Cup  telah bertempat di bumi Malaysia semula sejak tahun 2011, bertepatannya di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). World Scholar’s Cup ialah sebuah pertandingan ilmiah antarabangsa yang melibatkan penyertaan lebih daripada 3000 pelajar daripada 40 negara. Bertemakan ‘The World Unbound’ , kontinjen MRSM Baling yang merangkumi Aina Trisha, Dienta Alias ,Hana Hakim, Shafiqa Amira, Nini Fazli dan Adriana Shamisa telah tiba di Kuala Lumpur pada 21 Jun dan menginap di Marc Residence. Objektif program ini adalah antaranya memupuk semangat kompetitif dalam kalangan pelajar dan menggalakkan pelajar daripada berbilang latar belakang untuk menerokai kebolehan diri dan mempraktikkan kemahiran baru.
Para peserta yang telah melayakkan diri di Penang Regional Round ialah peserta kategori senior. Berikutan itu, pada 22 Jun,  tiada aktiviti dijalankan pada hari tersebut untuk kategori senior. Pada 23 Jun, Scavenger’s Hunt telah diadakan yang bertujuan untuk  menambah kenalan dari pelbagai negara. Acara yang bertemakan treasure hunt ini telah bertempat di Kuala Lumpur City Centre. Keesokan harinya, acara Team Debate, Collaborative Writing dan Scholar’s Challenge telah diadakan dan bertempat di Fairview International School, Kuala Lumpur. Setelah hari yang memenatkan, para peserta telah pulang sebentar dan mempersiapkan diri untuk acara Scholar’s Fair yang menghimpunkan semua kebudayaan negara yang menyertai penyertaan ini.  Pada 25 Jun,  Scholar’s Challenge dan Talent Show I telah mengisi slot aktiviti dan memeriahkan lagi pertandingan ini.

Pada hari terakhir, 26 Jun, Majlis Penutupan diadakan pada jam 3 petang bermula dengan Talent Show II dan berakhir pada jam 5. Bertempat di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre, acara telah dirasmikan oleh Danial Berchdivesky iatu penaung program ini. MRSM Baling telah berjaya melakar kejayaan dengan kemenangan Dienta Alias untuk Top Scholar from Each School.  Diharapkan agar peserta dapat terinspirasi dengan budaya membuat kajian dan inkuiri ke arah melahirkan cendekiawan serta bakal pemimpin masa hadapan yang terdiri daripada komuniti global.










0 comments:

Post a Comment