Pada 27 hingga 29 Februari
2015, pihak sekolah telah menghantar dua orang pelajar, Nayli Izzati binti Mohd
Saad dan Nur Qamarina binti Khairul Anuar daripada 4 Jauzi bagi mewakili MRSM
Baling dalam Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket (PTPR) ataupun lebih
dikenali sebagai Rocket Science yang
melibatkan pelajar MRSM Se-Malaysia. Pertandingan tersebut yang dijalankan selama 3 hari 2 malam telah mengambil
tempat di MRSM Balik Pulau.
Pertandingan yang
melibatkan kemahiran dalam bidang fizik dan matematik ini telah diiringi oleh
Cikgu Mohd. Khairul Aizzudin daripada Jabatan Sains. Antara kategori yang
dipertandingkan ialah targeting dan parachute . Keesokkan harinya, peserta didedahkan pula
dengan bengkel membuat roket. Para peserta dikehendaki membuat 4 roket air
untuk tujuan pertandingan. Pada petang tersebut, peserta diberi peluang untuk
membuat percubaan pelancaran roket. Malam harinya, peserta dibenarkan
untuk membuat sesi baik pulih atau touch-up kepada roket ciptaan
masing-masing sebagai persiapan bagi pertandingan akhir pada keesokkan hari.
Kemuncak program
ialah pada 29 Februari. Pertandingan targeting
diadakan pada pagi hari diikuti oleh sesi parachute pada pukul 2 petang. MRSM Kubang Pasu telah berjaya
merangkul johan keseluruhan. Majlis penutup telah mengambil tempat di Dewan Sri
Gemilang dengan jayanya. Pasukan kita telah berjaya mendapat tempat ketiga untuk targeting
pada sesi percubaan pelancaran roket. Pada keseuruhannya, kontinjen MRSM Baling
telah berjaya meraih tempat ke 28 daripada 42 MRSM Se-Malaysia.Saya yakin
bahawa maktab kita akan berjaya membawa pulang lebih banyak kejayaan di masa
akan datang.
0 comments:
Post a Comment