MRSM KUALA KUBU BARU, 3-6 Feb 2014 –
Pertandingan Tunas Saintis MRSM Se-Malaysia Kali Ke-23 2014 telah diadakan di
MRSM KKB. Pertandingan bertemakan “Nurturing a Culture of Scientific Excellence”.
MRSM Baling telah menghantar penyertaan mengikut kategori-kategori yang telah
ditetapkan iaitu 1 Projek Biologi, 1 Projek Sains Komputer, 1 Projek
Kejuruteraan dan 2 Projek Kimia. Projek kejuruteraan yang bertajuk “Aqua Founta
Phonic” telah memenangi projek terbaik kategori kejuruteraan dan Projek Sains
Komputer Terbaik bertajuk “Developing App for Science Studies” juga turut
memenangi Projek terbaik. Tahniah diucapkan kepada pemenang dan peserta lain. Diharap
dengan kejayaan ini memberikan semangat kepada Jabatan Sains MRSM Baling untuk
menghasilkan projek-projek yang lebih bermutu untuk Pertandingan Tunas Saintis
yang akan datang.
Anugerah 5 terbaik
Projek Kejuruteraan
- Muhammad harith Shah Bin rosman
- Muhammad Zharif Zaidi
Projek Sains Komputer
- Muhammad Fathir bin Jamaluddin
Peserta yang turut bertanding
Projek Biologi
- Muhammad Irfan Ibrahim
- Mohammad Arfa Adli Ramlan
Projek Kimia
- Sofiah Bukhari
- Muhammad Faris Azwar
- Muhammad Hidayatullah Nazmi
Disediakan Oleh
CIKGU NURHAFIZAH HASAN
Guru Pengiring
0 comments:
Post a Comment