- Maktab Rendah Sains MARA ( MRSM ) ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat Bil. 20 Tahun 1966 , bertujuan memberi kemudahan pelajaran di peringkat menengah dan Pra – Universiti dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar Bumiputera yang mempunyai kebolehan mental yang tinggi.
- Matlamat kurikulum di MRSM ialah untuk mencapai kecemerlangan akademik, keseimbangan sahsiah, kecenderungan usahawanan dan kecergasan fisikal; untuk mengujudkan pelajar yang mempunyai daya pemikiran yang kritis, kreatif, terbuka, sihat, luas dan mendalam serta mempunya semangat patriotik dan nasionalisme yang tinggi.
Pertandingan Wau Tinggi dan Kreatif
Salah seorang peserta Pertandingan Wau Tinggi sedang beraksi.
Minggu Bahasa Zon Utara 2014
MRSM Baling menjadi tuan rumah Minggu Bahasa Zon Utara pada 28 Feb hingga 3 Mac 2014.
Kejohanan Olahraga 2014 Melabuh tirai
Riak wajah gembira para pegawai kejohanan yang bergambar bersama pelajar selepas Majlis Penutupan Kejohanan.
Kejohanan Merentas Desa 2014
Pengetua bersama penyelaras kejohanan menyampaikan hadiah kepada pemenang.
CSR ke KG Banggol Berangan Baling
Pengetua bersama krew CSR menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima untuk program CSR MRSM Baling.
Penyesuaian Diri Pelajar Baru
Cikgu Hasyim menerangkan cara untuk seterika baju kepada pelajar baru 2014.
Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2014
Sambutan Maulidur Rasul dimeriahkan dengan kehangatan forum yang di hoskan oleh Ustaz Mohd Najib Abdul Halim. Antara panel ialah Ustaz Rosmaini, Ustaz Solehan dan Ustaz Khairuddin.
Mengecat Sepanduk Sempena Maulidur Rasul 2014
Pelajar sedang bertungkus-lumus menyiapkan sepanduk Maulidur Rasul sebelum menyertai pertandingan perbarisan terbaik sempena Sambutan Maulidur Rasul 1435 H.
Majlis Perpisahan Cg. Yusof dan Cg. Saadah
Perpindahan Cg. Yusof ke MRSM Beseri dan Cg. Saadah ke MRSM Taiping sangat dirasai. Terima kasih atas segala khidmat bakti yang diberikan kepada MRSM Baling.
Majlis Graduasi 2013
Majlis Graduasi 2013 berlangsung dengan lancar. Kami mengucapkan tahniah kepada pelajar yang berjaya.
CSR Ringlet Cameron Higland
Penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Pengetua MRSM Baling En. Shahrizal.
Islamic Festival (i-Fest'13)
Persembahan kumpulan Nasyid terkenal INTEAM berjaya memukau hadirin iFest'13.
Thursday, 19 January 2012
Visi & Misi
Sejarah Penubuhan
MRSM didirikan untuk memberi kemudahan pelajaran diperingkat menengah dan pra universiti dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar pelajar Bumiputera yang mempunyai kebolehan mental yang tinggi. Pendidikan MRSM akan membiasakan pelajar dengan pendidikan berasaskan sains dan satu aspek kebudayaan Malaysia yang akan memupuk perkembangan jasmani,rohani dan intelektual yang berpanjangan serta melahirkan pelajar yang mempunyai daya pemikiran yang kritis,kreatif,sihat,luas dan mendalam di samping mempunyai semangat patriotik dan nasionalisme yang tinggi.
a. Memenuhi keperluan pelajar pelajar Bumiputera yang mempunyai keupayaan mental yang lebih tinggi serta berminat di dalam Sains dan Matematik.
b. Mendedahkan pendidikan bermirip sains dan teknologi serta unsur keusahawanan kepada pelajar pelajar di peringkat yang lebih awal supaya mereka dapat merasa keseronokan dan keupayaan belajar.
c. Mewujudkan program program kearah kesedaran potensi diri,prinsip hubungan manusia,kecekapan ekonomi dan orientasi keusahawanan.
1973 MRSM Kota Bharu pula ditubuhkan diikuti MRSM Kuantan 1974. Kini MRSM terdapat di setiap negeri di Malaysia. MRSM JASIN ditubuhkan pada tahun 1981 dan telah di resmikan pada 8hb. Mach 1984 oleh Timbalan Perdana Menteri YAB Datuk Musa Hitam..Pada tahun 1983 Mara telah mengadakan kerjasama dengan pihak tentera dalam menubuhkan MRSM Terendak,konsep ini diteruskan apabila perjanjian antara MARA dan Polis Diraja Malaysia dan wujudlah MRSM PDRM pada tahun 1991 di Kulim.Yayasan Terangganu dengan MRYT-MARA di Besut dan Dungun.Setiap MRSM dibina dilokasi yang menggalakan pembelajaran dan dilengkapi dengan peralatan yang menepati keperluan pendidikan yang sempurna.